KUALA LUMPUR – Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi 2022 untuk Malaysia, seperti yang diukur oleh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kepada 6.4% daripada 5.5% sebelumnya.

Pertumbuhan itu didorong oleh penggunaan domestik yang baik dan keteguhan eksport daripada kedua-dua sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta komoditi.

Pakar ekonomi World Bank untuk Malaysia, Apurva Sanghi berkata, data itu menunjukkan pertumbuhan ekonomi negara ini telah melebihi jangkaan pada separuh pertama tahun.

Menurutnya dalam Laporan Terkini Ekonomi Bank Dunia bagi Asia Timur dan Ekonomi Pasifik, ia berkata, prestasi lebih baik dalam sektor perkhidmatan, pelancongan dan pembuatan, ditambah dengan pemulihan dalam pembinaan turut menyumbang kepada jangkauan yang lebih baik dan oleh itu ia disemak semula.

Bagaimanapun, bank itu menurunkan anggaran pertumbuhan KDNK Malaysia untuk tahun 2023 kepada 4.2 peratus daripada 4.5 peratus sebelumnya. – MalaysiaGazette