KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Ebit Liew yang sedang berdepan dengan dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita tahun lalu mula dibicarakan hari ini sehingga 30 September ini di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah.
Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim hari ini dilaporkan hadir dengan pakaian serba hitam serta berkopiah seperti kebiasannya dan tampak tenang apabila berdepan sekumpulan media yang menantikannya sejak awal pagi.
Selain Ebit, sekumpulan penyokong pendakwah itu juga turut kelihatan memberinya sokongan di pekarangan mahkamah dengan kehadiran mereka dikawal oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Untuk makluman, Ebit sedang berdepan dengan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 41 tahun.
Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh tertuduh melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah ini antara Mac hingga Jun 2021.
Setelah mangsa membuat laporan polis, pihak berkuasa telah melakukan penyiasatan sebelum penyiasatan terhadapnya pada 7 Ogos tahun lalu.
Ketika ini Ebit berdepan dengan sabitan hukuman di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan. -MalaysiaGazette