Foto: FB Prince Mohammed bin Salman al saud

ISTANBUL –┬áRaja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud melantik Putera Mahkota Mohammed Salman sebagai Perdana Menteri sebagai sebahagian daripada rombakan Kabinet yang dilakukannya.

Pelantikan yang disiarkan Saudi Press Agency (SPA) menyatakan mesyuarat Kabinet akan terus dipengerusikan Raja Salman.

Khalid Salman pula dilantik sebagai Menteri Pertahanan bagi menggantikan Mohammed Salman, lapor agensi berita, Anadolu. – Agensi