Gambar hiasan

NEW YORK- Harga minyak meningkat dengan ketara pada hari Rabu, disokong oleh kejatuhan stok bahan api Amerika Syarikat.

West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran November meningkat AS$3.65, atau 4.7 peratus, untuk ditutup kepada AS$82.15 setong di New York Mercantile Exchange.

Minyak mentah Brent untuk penghantaran November menambah AS$3.05, atau 3.5 peratus, untuk ditutup pada AS$89.32 setong di Bursa Hadapan ICE London.

Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA) hari Rabu melaporkan inventori minyak mentah AS berkurangan sebanyak 0.2 juta tong pada minggu berakhir 23 September 2022.

Sebelum ini S&P Global Commodity Insights menjangkakan bekalan minyak mentah AS menunjukkan peningkatan sebanyak 0.4 juta tong.

Menurut EIA, jumlah inventori petrol motor turun sebanyak 2.4 juta tong minggu lepas manakala inventori bahan api sulingan berkurangan sebanyak 2.9 juta tong.

Harga juga mendapat sokongan daripada sekatan bekalan di Teluk Mexico AS.

Biro Keselamatan dan Penguatkuasaan Alam Sekitar AS melaporkan sebagai tindak balas kepada Taufan Ian, kira-kira 9.12 peratus pengeluaran minyak dan 5.95 peratus pengeluaran gas asli di Teluk telah ditutup. – Xinhua