Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kekukuhan ekonomi negara bersandarkan kepada lapan faktor iaitu pertumbuhan yang mantap dan stabil.
KLCC mercu tanda Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Malaysia menduduki tangga ke-36 daripada 132 buah negara dalamĀ  Laporan Global Innovation Index (GII) Tahun 2022 yang dikeluarkan oleh World Intellectual Property Organization (WIPO) di Geneva, Switzerland.

Kedudukan ini amat membanggakan negara setelah mengharungi pelbagai cabaran semasa pandemik Covid-19, kata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Berdasarkan laporan tersebut, Malaysia merupakan negara ke-3 paling berinovatif selepas China dan Bulgaria.

Bagi negara ASEAN pula, Malaysia kekal berada di tempat ke-2 selepas Singapura.

Dalam pada itu, Malaysia berada di kedudukan pertama bagi dua indikator iaitu eksport berteknologi tinggi dan eksport barangan kreatif.

Selain itu, Malaysia merekodkan peningkatan tiga daripada tujuh tonggak berbanding tahun 2021 iaitu Market Sophistication (26 berbanding 30), Institutions (34 berbanding 41) dan Human Capital and Research (38 berbanding 39).

MOSTI berkata, ia akan mewujudkan satu Jawatankuasa Inter-Agensi Pemantauan Daya Saing Global Innovation Index (JIPGII) melibatkan pelbagai kementerian dan agensi berkaitan bagi memantau pencapaian prestasi daya saingĀ  negara di peringkat global

Kerajaan turut mengambil pendekatan Keluarga Malaysia yang melibatkan semua jentera kerajaan, industri, akademia dan masyarakat bagi meningkatkan ekonomi berteraskan inovasi. – MalaysiaGazette