Zamani Ahmad Mansor

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menafikan Datuk Bandar, ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Sebaliknya, katanya,  Datuk Zamani Ahmad Mansor hanya dipanggil untuk membantu siasatan SPRM pada petang Rabu.

“Datuk Bandar Shah Alam telah kembali melaksanakan kerja seperti biasa di pejabat pada hari Khamis (29 Sept).

”Pihak MBSA juga ingin menegaskan sentiasa sedia memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu melengkapkan siasatan dengan pihak SPRM,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu wujud spekulasi penahanan Datuk Bandar Shah Alam bagi membantu siasatan terhadap tender projek tebatan banjir dan beliau dibebaskan dengan jaminan RM50,000 oleh seorang penjamin.

Semalam media melaporkan, SPRM berjaya membongkar satu kartel yang dipercayai memonopoli tender projek di MBSA susulan serbuan di pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) itu pada Ahad lalu.

Setakat ini sembilan individu termasuk beberapa kakitangan MBSA dan seorang pegawai kanannya ditahan bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette