KUALA LUMPUR – Dua negeri iaitu Perak dan Sabah diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga 12 tengah hari ini, menurut Jabatan Meteorologi.
Di Perak, kawasan terlibat meliputi Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang.
Manakala di Sabah pula di Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran). – MalaysiaGazette