Mohd Puad Zarkashi
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Siasatan yang bakal dijalankan terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, keputusan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu sememangnya dinanti-nantikan.

Menurut beliau, rakyat mahu tahu mengenai 19 dapatan Pasukan Petugas Khas Siasatan Ke Atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk My Story: Justice in the Wilderness tulisan Tommy.

“Tommy satu-satunya bekas Peguam Negara yang terlalu angkuh dan suka memandai-mandai. Dia ingat dia kebal selama-lamanya.

“Jangan pula Majlis Peguam, DAP dan Rafizi Ramli membela Tommy walaupun kita tahu mereka sudah masuk kluster Panca Delima. Malam jadi manusia, siang jadi ular,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri mengarahkan agar siasatan lanjut segera dilaksanakan oleh agensi penguat kuasa berkaitan, bagi menyiasat kemungkinan salah laku oleh Tommy.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan yang telah dibuat, pasukan ini telah mengkategorikan 19 isu-isu penting yang dikesan dalam buku tersebut kepada empat isu utama iaitu dakwaan ke atas badan kehakiman, pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan, tindakan tidak sah, salah guna kuasa dan kecuaian professional dan kenyataan berbaur hasutan.

Pasukan Petugas Khas seterusnya telah mengemukakan beberapa syor untuk pertimbangan kerajaan bagi tujuan tindakan susulan yang wajar diambil.

Ismail Sabri berkata, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 124I Kanun Keseksaan – Penyebaran Laporan Palsu & Seksyen 203A Kanun Keseksaan; Seksyen 4 Akta Hasutan 1948; Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast