KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.7 melanda utara Sumatera, Indonesia pada pukul 3.28 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak 2.2° utara dan 98.8° timur dengan kedalaman 29 km. 286 kilometer utara barat daya dari Sabak Bernam, Selangor.

Gegaran mungkin dirasai di Lembah Klang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak.

”Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast