puad terengganu dalang meroyan fatwa haram
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi menuntut Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawab secara gentleman mengenai isu menantunya yang dituduh terlibat dalam projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIIS) untuk Jabatan Imigresen yang bernilai RM1.159 bilion.

Ini kerana, katanya, sehingga hari ini Presiden Parti Pribumi itu masih belum menjawab mengenai isu berkenaan.

”Betul atau tidak? Itu sahaja. Jangan hanya memfitnah orang lain,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, syarikat IRIS umum di Bursa Malaysia dapat surat anugerah (LA) projek NIIS daripada Kementerian Dalam Negeru bertarikh 29.1.2021.

Perkara ini tidak boleh dinafikan, ujar beliau.

Jelas Mohd Puad, anak lelaki Tan Sri Vincent Tan adalah pemilik majoriti saham IRIS manakala menantu lelaki Muhyuddin iaitu Datuk Adlan Berhan pula pemilik majoriti saham S5.

S5 System adalah rakan kongsi IRIS.

Beliau mendakwa IRIS menggunakan konsortium untuk melobi kontrak dan S5 pemain utamanya.

Mohd Puad mempersoalkan, amat pelik projek mega NIIS diluluskan ketika Parlimen digantung (darurat) kerana Covid-19.

”Muhyiddin adalah Menteri KDN Kerajaan PH ketika kontrak yang sudah diberi pada syarikat Prestariang pada 2017 dibatalkan. KDN minta proposal baru (RFP) pada tahun 2019.

”Itu beri peluang syarikat yang ada kaitan dengan menantunya melobi dan membida. Prestariang saman kerajaan dan tuntut ganti rugi RM732 juta,” dakwa Mohd Puad lagi. – MalaysiaGazette