KUALA LUMPUR – Anak bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri meninggal dunia awal pagi ini.
Anaknya, Hammad meninggal dunia pukul 5.22 pagi tadi.
“Dengan penuh redha dan sabar, saya maklumkan pemergian anakanda Hammad bin Zulkifli (Hammad anak kepada ibunya Shereen) pada jam 5.22 pagi tadi.
“Duhai anakandaku Hammad, air mata deras mengalir menyaksikan sendiri Hammad menghembuskan nafas terakhir di sisi Abah. Abah sekeluarga sejujurnya amat sedih atas perpisahan ini,” tulis bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu dalam media sosialnya hari ini.
Solat jenazah akan dilaksanakan di Pusat Islam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) – MalaysiaGazette