Arif Aiman Hanafi. Foto MOHD ADZLAN, 10 SEPTEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menasihati bintang muda sensasinya, Arif Aiman Hanapi supaya terus merendah diri dan kekal berdisiplin.

Pesanan tersebut dititipkan Tunku Ismail kepada bintang sedang meningkat itu menerusi komen di laman Instagram pemain berusia 20 tahun itu.

“Bagus Arif. Kekal merendah diri dan tetap berdisiplin. Kau masih muda dan perjalanan masih jauh.

“Aku berdoa semoga Allah sentiasa berkati kau dan kurniakan banyak lagi rezeki dan kejayaan. Jaga diri,” kata Tunku Ismail.

Arif Aiman turut membalas nasihat itu sambil yang bertekad untuk sentiasa mengingati pesanan Tunku Ismail.

“Junjung kasih Tunku atas segalanya. Saya akan sentiasa ingat semua pesanan Tunku. Insya Allah,” katanya.

Musim lalu, Arif Aiman melengkapkan musim gemilangnya apabila dinobatkan Pemain Paling Bernilai (MVP) pada majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021 (ABK21).
Pemain kelahiran Pahang itu turut melakar sejarah menjadi pemain paling muda merangkul anugerah utama itu selepas rakan sepasukannya Safawi Rasid melakukannya pada 2018 pada usia 21 tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast