Foto media sosial.

KUALA LUMPUR – Nama vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh terus menjadi bualan hangat netizen apabila tular sebuah video memaparkan kelakuannya yang meludah ke arah penonton dianggap kurang sopan dan keterlaluan pada konsert Hausboom Music 2022.

Terbaharu pula, tular pula video yang mana dia menunjukkan jari tengah kepada peminat yang menegurnya ketika berada pada konsert tersebut yang mengundang kritikan serta reaksi negatif daripada umum.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @Izzat Radzuan di laman TikToknya, dia merakam gelagat penyanyi itu dan dia sendiri tidak menyangka akan menerima simbol jari tengah daripada Noh.

Susulan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan spontan penyanyi yang berusia 37 tahun itu.

Ini kerana simbol jari yang ditunjukkan adalah tidak sopan sama sekali memandangkan dia mempunyai gelaran haji.

Malah, mereka tidak menyangka serta terkejut penyanyi tersebut akan berkelakuan seperti itu dan mempersoalkan sikap Noh yang semakin menjadi-jadi berbanding sebelum ini.

Pada awal Ogos lalu, Noh mengumumkan bercerai dengan Mizz Nina dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, di sini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast