KUALA LUMPUR – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi bantuan pendidikan untuk sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) yang mula dibuka hari ini secara dalam talian.

Menerusi kenyataan LZS memaklumkan, ia merupakan agihan zakat melalui Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS).

Katanya, ia terbuka kepada warganegara Malaysia yang beragama Islam, lahir dan menetap di Selangor atau bermastautin dan masih menetap di negeri itu tidak kurang dari tiga tahun.

“Di samping itu, pendapatan seisi rumah pemohon hendaklah melebihi haddul kifayah iaitu garis kecukupan bagi penentuan sebagai asnaf, namun jumlah lebihan tersebut tidak melebihi nilai
maksimum RM11,000.

“Setiap permohonan SPZAS sekolah rendah dan menengah akan menerima bantuan bergantung kepada jumlah tanggungan pada kadar RM200 seorang.

“Manakala, bagi permohonan SPZAS IPT akan menerima bantuan sebanyak RM700 hingga RM2,500,” katanya.

Bagaimanapun LZS berkata, bagi asnaf fakir, miskin dan muallaf yang menerima tajaan pendidikan daripada LZS tidak boleh memohon bantuan tersebut.

Mereka boleh merujuk ke cawangan LZS yang berhampiran atau penolong amil kariah bagi memohon bantuan pendidikan sekiranya memerlukan. ujarnya,

“Untuk makluman, SPZAS diperkenalkan bertujuan membantu meringankan beban golongan bukan asnaf (fakir, miskin dan mualaf), khususnya dalam kelas B40 serta M40 yang memerlukan bantuan bagi menampung keperluan pendidikan menggunakan peruntukan di bawah asnaf fisabilillah,” ujarnya.

Justeru, pemohon yang mempunyai pertanyaan lanjut diminta boleh menghubungi Zakat Selangor ditalian 1- 300-88-4343. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast