ringgitHarga saham di Bursa Malaysia tinggi semasa dibuka hari ini, didorong beberapa sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun pasaran saham Asia mencatatkan prestasi bercampur-campur.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia terus menyaksikan aktiviti jualan bersih daripada pelabur asing untuk minggu keempat berturut-turut dengan nilai RM740.6 juta minggu lepas, lebih tinggi daripada RM562.6 juta pada minggu sebelumnya.

MIDF Research berkata, pelabur asing adalah penjual bersih bagi setiap hari dagangan dalam seminggu, dengan aliran keluar paling ketara dicatatkan pada hari Isnin pada RM208.7 juta, diikuti Rabu (RM202.9 juta) dan Khamis (RM149.5 juta).

Aliran keluar yang direkodkan pada Selasa dan Jumaat adalah lebih rendah masing-masing pada RM95 juta dan RM84.4 juta.

Sebaliknya, institusi tempatan adalah pembeli bersih pada setiap hari dagangan minggu lepas.

Aliran masuk paling banyak dicatatkan pada hari Isnin pada RM224.1 juta dan ia menjadi sederhana kepada RM36.6 juta pada hari Selasa sebelum meningkat kepada RM177.3 juta pada hari Rabu.

Aliran masuk bernilai RM126.9 juta dan RM104.3 juta, masing-masing dicatatkan pada Khamis dan Jumaat.

Secara kumulatif, institusi-institusi tempatan telah membuat belian RM669.2 juta ekuiti minggu lalu.

Secara kumulatif, pelabur institusi telah membeli bersih ekuiti bernilai RM669.2 juta minggu lepas.

Pelabur runcit kekal sebagai pembeli bersih untuk minggu ketiga berturut-turut, dengan jumlah aliran masuk mingguan sebanyak RM71.4 juta, kira-kira satu pertiga daripada jumlah pada minggu sebelumnya.

Katanya, pelabur runcit pula memulakan minggu ini dengan jualan bersih RM15.3 juta, sebelum beralih kepada pembeli bersih daripada Selasa hingga Khamis masing-masing sebanyak RM58.4 juta, RM25.6 juta dan RM22.6 juta.

Mereka kemudiannya menjual ekuiti tempatan sebanyak RM19.9 juta pada akhir minggu.

Sehingga kini, pelabur antarabangsa telah menjadi pembeli bersih selama 24 daripada 39 minggu 2022, dengan jumlah aliran masuk bersih sebanyak RM6.62 bilion.

Pelabur institusi tempatan adalah penjual bersih selama 30 daripada 39 minggu, dengan jumlah aliran keluar bersih sebanyak RM8.89 bilion.

Manakala pelabur runcit telah menjadi pembeli bersih selama 26 daripada 39 minggu 2022.

Setakat ini, mereka telah menjadi pembeli bersih RM2.27 bersih.

MIDF Research menambah, dari segi penyertaan, terdapat peningkatan dalam purata nilai dagangan harian (ADTV) merentas semua kelas pelabur pada +8.3% untuk pelabur runcit, +15.7% untuk pelabur institusi dan +20.6% untuk pelabur asing. – MalaysiaGazette