Rafizi Ramli
Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) dicabar untuk mendedahkannya dengan segera kepada umum dapatan audit forensik pemilihan parti itu yang dikatakan dilakukan oleh konsultan berwibawa.

Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mendakwa banyak implikasi jika PKR enggan mendedahkannya.

”Pertama, PKR bukan parti telus. Ia Parti Kelentong Rakyat. PKR dalam kluster Panca Delima. Malam jadi manusia, siang jadi ular.

”Kedua, PKR membuktikan ia parti yang tidak cekap dan tidak pandai mengurus. Pemilihan parti kelam kabut. Bagaimana PKR mahu mengurus institusi penting seperti SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya).

”Ketiga, PKR parti bernafsu besar. Buat idea yang hebat. Tetapi pelaksanaannya hancur. Pandai berjanji tetapi tidak mampu melaksanakannya,” dakwa Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu.

Beliau turut mempersoalkan di mana keadilan yang diperjuangkan oleh PKR, seandainya pemilihan Ketua Wanita boleh dibatalkan dan mengarahkan pemilihan semula beberapa cabang.

Tanya beliau lagi, bukankah pemilihan Timbalan Presiden yang dimenangi oleh Rafizi Ramli perlu dibuat semula. – MalaysiaGazette