Kementerian Kewangan menolak dakwaan Malaysia akan mengalami krisis ekonomi dan kewangan.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata biar pun nilai ringgit menjunam berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) namun kerajaan memberi jaminan krisis itu tidak akan memberikan kesan kepada negara.