KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini mengumumkan kebenaran tambahan kepada Melati Panorama Sdn Bhd untuk menjalankan urusniaga pemberian pinjaman wang secara atas talian.
Pengumuman dibuat Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Dr. Ismail Abd Muttalib.
Katika berucap pada majlis perasmian itu, Ismail berkata, kebenaran yang diberikan kepada MPSB yang merupakan pemegang lesen Pemberi Pinjam Wang sedia ada adalah bagi memastikan perlindungan kepada peminjam serta Syarikat Kredit Komuniti melalui kaedah pemberian pinjaman secara dalam talian yang lebih telus dan berintegriti serta mematuhi peruntukan yang telah ditetapkan.
“Kepuasan pelanggan merupakan keutamaan bagi syarikat MPSB oleh yang demikian MPSB telah menghasilkan MPSB Credit secara atas talian supaya pelanggan dapat menikmati pengalaman yang memuaskan,” katanya.
Turut hadir pada majlis perasmian tersebut Pengerusi MPSB, Melvin Chia dan Mr Evereet Yee serta Ketua Pegawai Eksekutif CTOS, Tracy Gan. – MalaysiaGazette