Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menginkuti bacaan doa sebelum beredar dari Bangunan Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 07 OKTOBER 2022

PUTRAJAYA – Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz keluar dari pejabatnya di sini untuk membentangkan Bajet 2023 di Parlimen kira-kira 2.30 petang tadi.

Sebelum meninggalkan bangunan, beliau yang berbaju Melayu biru muda bersama-sama petugas Kementerian Kewangan membacakan doa dan sempat menunjukkan buku Bajet 2023 yang diisi dalam fail dari Sarawak.

Tengku Zafrul juga sempat melambai ke arah pihak media.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (tengah) membawa dan menunjukkan beg yang berisi buku teks ucapan Pembentangan Belanjawan 2023 di Parlimen ketika keluar dari Kementerian Kewangan di Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 07 OKTOBER 2022.

Terdahulu beliau menghadiri mesyuarat Jemaah Menteri di bangunan Perdana Putra yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Mesyuarat Kabinet itu antara lain membincangkan berkenaan Bajet 2023 yang akan dibentangkan Menteri Kewangan di Dewan Rakyat pukul 3 petang. – MalaysiaGazette