IMBAS KEMBALI..Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2023 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto IHSAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 07 OKTOBER 2022.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperkenalkan kadar cukai efektif minimum di peringkat global bagi membolehkan Malaysia meluaskan asas cukai dan menarik pelaburan langsung asing, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, langkah ini sejajar dengan saranan di bawah Pillar 2 Pelan Tindakan Hakisan Asas dan Peralihan Keuntungan (BEPS) 1.

“Kerajan juga bercadang untuk melaksanakan Qualified Domestic Minimum Top-up Tax setelah kajian lanjut dibuat dan disasarkan pada 2024,” katanya ketika membentangkan Bajet 2023 di Parlimen hari ini. — BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast