Annuar Musa. Foto AFFAN FAUZI, 06 OKTOBER 2022.

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) bersedia untuk memberi ruang kepada parti-parti politik untuk berkempen menerusi televisyen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)

“Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia melalui agensi penerangan dan penyiaran bersedia mempertimbangkan ruang dan peluang kepada parti-parti politik untuk bersiaran di platform rasmi kementerian menjelang Pilihan Raya Umum ke-15,” kata Menterinya, Tan Sri Annuar Musa dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Annuar menjawab pertanyaan lisan daripada Datin Dr Tan Yee Kew (Wangsa Maju-PH) yang ingin tahu samasa K-KOMM membenarkan siaran politik secara sekata kepada
semua parti politik melalui televisyen dan radio menjelang PRU15.

Sebelum ini, K-KOMM pernah mengeluarkan kenyataan sama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang membolehkan semua pihak termasuk pembangkang berkempen menerusi saluran televisyen dan radio rasmi kerajaan. – MalaysiaGazette