shaiful hazizy
Shaiful Hazizy Zainol Abidin

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dinasihatkan supaya berhenti menunggang sentimen bola sepak untuk menaikkan rating sendiri.

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, banyak lagi tajuk ‘rakyat’ yang beliau perlu selesaikan.

“Satu lagi yang agak menyedihkan adalah apabila melihat orang kiri dan kanan bertaraf exco kerajaan negeri tersenyum gembira melihat Menteri Besar mereka menjadi sudah tidak terkawal. Wallahualam,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Beliau mengulas mengenai rakaman video yang tular dalam media sosial yang mana Muhammad Sanusi yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menyindir pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung prestasi kedua-dua pasukan tersebut.

Dalam video tersebut, Muhammad Sanusi dipetik sebagai berkata kepada pemberita, “Pemilik kelab JDT ni tak boleh orang kata kat dia. Dia kata kat orang apa pun tak apa. Kalau orang kata dia lanun bola sepak, apa dia rasa? Dia kata saya badut, clown, pemecah belah.”

Sebelum itu, Tunku Ismail melalui Instagram memberi reaksi terhadap Muhammad Sanusi yang berbunyi, “Sudah tiba masanya untuk beliau jaga sikap dan bawa diri sebagai Menteri Besar dan bukannya badut.”

Shaiful Hazizy berpendapat, pucuk pimpinan Pas perlu tampil meredakan keadaan agar ia tidak melampaui batas kerana dibimbangi terjadi krisis yang lebih besar dan serius.

Menurut beliau, ‘keseimbangan’ yang ada telah dijaga sejak sekian lama agar sentiasa saling melengkapi.

“Mungkin ada sebilangan yang bertepuk tangan di luar gelanggang, sambil menjadi penonton, hakikatnya konflik yang bakal menjadi ‘krisis’ ini (sekiranya tidak dibendung) tidak akan menguntungkan sesiapa,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast