Juwaidah Sharifuddin

KUALA LUMPUR – Universiti Putra Malaysia (UPM) bangunkan program 3U1i iaitu Bacelor Teknologi Pertanian Pintar di bawah Fakulti Pertanian buat julung kalinya.

Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Pertanian, Prof. Madya Dr. Juwaidah Sharifuddin berkata, program ini ditawarkan seiring dengan Dasar Agromakanan Negara (DAN2.0) dalam memacu sektor pertanian ke arah yang lebih berdaya saing.

”Dengan itu, terdapat keperluan untuk melahirkan tenaga buruh atau pekerja mahir yang menggunakan teknologi yang diaplikasikan dalam sektor pertanian di Malaysia serta di luar negara.

Tambahnya, program ini disasarkan untuk melahirkan teknologis pertanian yang berpengetahuan dan kompeten untuk mengendalikan teknologi pertanian pintar yang lestari; yang boleh membangun dan mengurus pengeluaran pertanian berasaskan sistem pertanian pintar serta mengamalkan peningkatan ilmu pengetahuan melalui pembelajaran berterusan dalam bidang pertanian pintar selaras dengan perkembangan semasa sektor pertanian; dan mampu menyampaikan ilmu pengetahuan kepada komuniti teknologis berkaitan sistem pertanian pintar.

Program ini ditawarkan secara sepenuh masa selama empat tahun dalam dua mod iaitu mod kerja kursus dan mod industri (3U1i) contohnya bekerja di Ladang Guhtrie.

”Bagi mod industri pelajar akan berada di universiti selama tiga tahun dan satu tahun di industri,” katanya.

Seramai 20 orang pelajar terpilih untuk menyambung dalam program Bacelor Teknologi Pertanian Pintar yang baharu diperkenalkan pertama kali oleh Fakulti Pertanian kepada pelajar sesi 2022/2023 ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast