GROZNY – Kira-kira 10,000 pejuang Chechnya menyertai operasi ketenteraan Rusia di Ukraine, kata Ketua Chechnya, Ramzan Kadyrov pada perbarisan pasukan keselamatan republik itu sebagai meraikan sambutan hari ulang tahun Presiden Rusia, Vladimir Putin ke-70, semalam.
“Kira-kira 10,000 warga kami yang gagah telah bertempur di sempadan (kawasan operasi ketenteraan khas). Rejimen tambahan bersedia ke zon operasi khas pada masa akan datang.
“Setiap hari, republik kami menerima sukarelawan yang percaya kepada arahan kami dan mahu menyertai Akhmat (operasi para tentera di Chechnya),” kata pemimpin Chechya itu.
Ia menunjukkan ‘penyatuan masyarakat Rusia terhadap impian Akhmat-Khadzhi Kadyrov (Ketua Republik Chechnya pertama) dan Putin, katanya.
“Perisikan barat telah melancarkan perang maklumat subversif yang cuba memperlihatkan Rusia percaya bahawa Republik Chechnya bukan sebahagian daripada Rusia.
“Bagaimanapun, kami telah membuktikan bahawa Chechnya adalah bahagian yang tidak boleh dipisahkan daripada keluarga besar Rusia,” tambahnya seperti dipetik agensi berita, Tass.
Perbarisan itu disertai 20,000 anggota agensi pertahanan, keselamatan dan penguatkuasa undang-undang Republik Chechnya. – Agensi