Le Tour de Langkawi (LTdL)
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala ke Kuantan akan ditutup bagi memberi laluan kepada acara sukan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022, dari 1.45 tengah hari hingga 4 petang pada 13 Oktober ini.

Anih Berhad dalam kenyataan memaklumkan penutupan selama 2 jam 15 minit itu, bermula di susur masuk Gombak ke lebuhraya berkenaan.

Orang ramai juga diingatkan agar merancang perjalanan bagi memastikan keselesaan pengguna jalan raya, menurut kenyataan Anih Berhad.

LtdL 2022 akan berlangsung dari 11 hingga 18 Oktober, dengan Peringkat 3 dari Putrajaya ke Genting Highlands berlangsung pada 13 Oktober ini. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast