Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,722 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam dengan lapan daripadanya adalah kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, terdapat dua kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dengan kedua-duanya membabitkan kes kematian di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Perkembangan itu menjadikan jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,387 kes.

Dalam pada itu, kes aktif Covid-19 di dalam negara ketika ini pula adalah sebanyak 23,038 kes dengan 22,011 atau 95.5 peratus daripadanya merupakan individu kuarantin di rumah.

“Daripada jumlah itu, 22 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan manakala 26 lagi memerlukan mesin ventilator.

Kes sembuh direkodkan pada Sabtu ialah 1,639 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,788,889,” tulis data itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast