Foto Facebook Perak FC.

KUALA LUMPUR – Spekulasi penajaan syarikat gergasi terkenal pasukan Perak FC kini mula tersebar dan ianya kini mula bertiup kencang selepas hantaran terbaharu di halaman rasmi pasukan di negeri itu.

Berdasarkan hantaran Facebook milik Perak, kelab itu menunjukkan haiwan serigala dengan mata hijau seolah sedang memberi bayangan sesuatu yang luar biasa bakal diumumkan pada 12 Oktober ini.

Walaupun tiada siapa tahu maksud sebenar hantaran media rasmi Perak tersebut namun terdapat penyokong mula membuat teori berdasarkan tajaan yang bakal diberikan.

Beberapa syarikat gergasi kepada pasukan motosikal TKKR Racing yang turut dikemudi oleh Bobie Farid, CEO Perak.

Berdasarkan hantaran teori yang dibuat terdapat kemungkinan Perak jugak bakal ditaja oleh syarikat minyak gergasi negara.

Pada musim depan, Perak dikemudi oleh Lim Teong Kim sebagai Ketua Jurulatih dan bakal beraksi di Liga Super.

Skuad Bos Gaurus kini dimiliki syarikat telekomukasi XOX Bhd. – MalaysiaGazette