Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang diteruskan seperti dijadualkan bermula esok sehingga Jumaat ini.- Gambar hiasan.

KUANTAN – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang diteruskan seperti dijadualkan bermula esok sehingga Jumaat ini.

Yang Di-Pertua DUN Pahang, Datuk Ishak Muhamad berkata, persidangan berjalan seperti biasa sehingga pembubarannya mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang.

“Keputusan pembubaran DUN akan dilakukan sejurus perkenan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan menghadap Pemangku Raja Pahang dan mendapat perkenan terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Demikian reaksi beliau susulan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong.

Terdahulu, Menteri Besar Pahang telah membentangkan Belanjawan Negeri Pahang 2023 pada Jumaat lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast