Adham Baba The President of Malaysian Consultative Council for Islamic Organization (MAPIM), Mohd Azmi Bin Abdul Hamid. PIX: IQBAL BASRI / MalaysiaGazette / 01 SEPTEMBER 2018 double standard ministers quarantine Muhammad Sajjad Nur Sajat Islam Muslim
Mohd Azmi Abdul Hamid

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menubuhkan sebuah wadah Koalisi Pekerja Malaysia sebagai rangka menggabung dan menggembleng seluruh pekerja di negara ini bagi menyokong perjuangan Al-Quds dan Palestin.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ia juga berperanan bagi mengangkat dan melibatkan golongan pekerja agar turut melancarkan kempen menyokong pembebasan Palestin seluruhnya.

“Kami berpendapat kesatuan sekerja di Malaysia harus turut menyuarakan nasib pekerja di Palestin yang ditindas oleh regim Israel.

“Melalui wadah ini Mapim berharap pihak kesatuan sekerja di Malaysia ( MTUC ) dapat menyokong dan turut mengangkat isu Palestin di persada negara,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut Mohd Azmi lagi, perlu diingat bahawa pekerja di Palestin juga telah melalui penindasan yang kejam oleh penjajah Israel dan disebabkan itu mereka memerlukan sokongan dari pekerja di Malaysia agar hak asasi pekerja di negara itu diperjuangkan.

Katanya, gerakan pekerja Malaysia perlu mengambil inisiatif untuk turut bersama menyuarakan hak pekerja Palestin di peringkat antarabangsa kerana zionis telah menafikan hak pekerja negara itu malah, mereka turut melalui diskriminasi oleh dasar apartheid Israel.

“Koalisi ini diharap dapat melibatkan sebanyak mungkin pekerja yang komited untuk perjuangan Palestin. Pelbagai gerak kerja akan dicadangkan untuk menyemarakkan sokongan pekerja Malaysia terhadap pembebasan Al-Quds dan Palestin.

“Mapim akan mengambil daya usaha dengan pelbagai kesatuan sekerja supaya perkongsian sumber dapat digemblengkan,” tambahnya. – MalaysiaGazette