MELAKA – Rakyat perlu bersatu hati menyelamatkan negara dari politik wang dan amalan rasuah jika mahu Malaysia menjadi sebuah negara maju dan kaya serta memiliki kehidupan yang harmoni.
Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, pembubaran Parlimen di kala negara perlu menghadapi musim tengkujuh dan kemungkinan banjr besar juga tidak kena pada masanya.
“Ini mengambarkan sikap BN yang mengutamakan kuasa berbanding keselamatan rakyat dan negara.
“Bersamalah kita berusaha menyelamatkan negara dengan membawa harapan baru buat Malaysia,” katanya dalam kenyataan mengulas pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jam 3 petang tadi.
Mengulas lanjut, Adly yang juga bekas Ketua Menteri Melaka mendakwa keputusan membubarkan Parlimen ada kaitan dengan desakan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berbanding kepentingan rakyat.
Malah, beliau menuduh tindakan tersebut bagi menyelamatkan individu-individu yang sedang berhadapan kes rasuah jika BN menang kelak.
“Bersamalah kita berusaha menyelamatkan negara dengan membawa harapan baru buat Malaysia,”katanya. – MalaysiaGazette.
















