Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi merayu kepada rakyat negeri ini agar memilih kestabilan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Katanya, rakyat seharusnya ingat kestabilan politik yang dikecapi kerajaan negeri hari ini telah membolehkan Johor mencapai kejayaan membanggakan dalam aspek ekonomi, pelaburan, pelancongan dan sukan dalam hanya tempoh yang singkat.

Namun jelas beliau juga, kestabilan itu hanya boleh dikecapi sekiranya pentadbiran peringkat kerajaan pusat selari dengan pentadbir peringkat negeri.

“Saya merayu kepada rakyat Johor, bila tiba masanya, pilihlah kerajaan Persekutuan yang sehaluan dengan kerajaan Johor.

“Dengan kerajaan yang sehaluan insya-Allah akan mendapat lagi banyak peruntukan dan bantuan daripada pusat yang disalurkan kepada rakyat Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pembubaran Parlimen seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri ismail Sabri Yaakob yang seterusnya membuka jalan kepada PRU-15 tidak lama lagi.

Menurut Onn Hafiz, kestabilan politik juga akan membantu dalam usaha pembangunan negeri dan sekali gus mencapai sasaran Johor  negeri maju menjelang 2030. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast