Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Pengamal-pengamal media kembali ‘berkampung’ di Pejabat Perdana Menteri selepas pengumuman Perutusan Khas oleh Perdana Menteri dimaklumkan kepada umum sebentar tadi.

Media mula berkumpul sejak jam 1 tengah hari tadi.

Ketika berada di situ, polis pengiring dan kereta yang membawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memasuki bangunan tersebut.

Ismail Sabri sempat menurunkan cermin tingkap kereta lalu melambaikan tangan ke arah media dengan wajah yang tenang.

Beliau dijadualkan akan menyampaikan pengumuman khas pada jam 3 petang ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempat menjenguk wajahnya ke arah media yang berada di Bangunan Perdana Putra . Foto HAZROL ZAINAL, 10 OKTOBER 2022.

Meskipun tiada pengesahan butiran berhubung pengumuman tersebut, tetapi banyak pihak mengaitkan ia dengan pembubaran Parlimen.

Terdahulu, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilapor memberi petunjuk akan ada pengumuman penting dibuat kerajaan hari ini, berkemungkinan berkaitan pembubaran Parlimen.

Bercakap pada sidang media, beliau juga mengesahkan Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera sudah pun mempersembahkan cadangan pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast