Chow Kon Yeow

GEORGE TOWN – DAP Pulau Pinang akan memutuskan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) atau tidak selepas mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Tertinggi (CEC) DAP.

Pengerusinya, Chow Kon Yeow berkata, keputusan mengenainya akan dibuat dalam minggu ini.

Ketika disoal mengenai apakah keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa DAP negeri, Kon Yeow  bagaimanapun enggan mendedahkannya.

“Kita perlu menunggu keputusan CEC sama ada DUN Pulau Pinang akan dicadangkan bubar atau tidak. Setakat ini, belum ada apa-apa mesyuarat membabitkan kerajaan negeri. Kita cuma ada mesyuarat DAP Pulau Pinang dan kita akan memanggil mesyuarat Pakatan Harapan (PH) negeri esok untuk menilai dan meneliti isu yang sama.

“Selepas PH negeri, kita akan rujuk CEC DAP dan berkemungkinan besar selepas itu PH pusat. Jadi ada beberapa peringkat lagi. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri (Yaakob) pun melalui banyak peringkat,” katanya ketika ditemui di pekarangan Wisma DAP Jalan Rangoon di sini hari ini.

Terdahulu, Kon Yeow mengadakan mesyuarat tergempar bersama Jawatankuasa DAP negeri selepas kerajaan mengumumkan pembubaran Parlimen. – MalaysiaGazette