Pengarah Urusan, Wong Chun Khee, Pengarah Encik Ryan Lee Di Qi dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan MPV, David Hew Chee Seng pada majlis memeterai MOU.

KUALA LUMPUR – MPV Capitals Ltd. (MPV) dan V Safe Capital Sdn Bhd (V Safe) menandatangani MemorandumPesefahaman (MOU) untuk melancarkan program baharu, Easy Lending Solution (ELS) bagi menyediakan kepakaran dan penyelesaian bagi pasaran hartanah semasa.

Di bawah kerjasama ini, kedua-dua entiti ini bersama sekutu MPV akan berusaha ke arah mempromosi program ELS.

V Sage Capital Sdn Bhd pula bertindak menyokong dalam memasarkan program ini kepada pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan MPV, David Hew Chee Seng yakin program Easy Lending Solution (ELS) yang baru dilancarkan bersama program Rent2Own akan mengurangkan masalah hartanah yang tidak dijual di Malaysia serta menarik pelabur asing.

Menurutnya, MPV sedang menyediakan penyelesaian bagi masalah masalah, terutamanya bahagian hartanah mewah yang tidak dijual.

Program ELS adalah pertama di Malaysia oleh V Safe Capital Sdn Bhd yang akan menarik pelabur yang berminat untuk memiliki aset hartanah melalui unit amanah sambil menjana pendapatan dalam negara dengan melibatkan aset Malaysia yang menarik dan berpatutan berbanding negara lain di rantau ini.

Mengikut statistik yang didedahkan oleh Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta, sejak pertengahan pertama 2022, jumlah hartanah yang tidak terjual di Malaysia bernilai RM50.09 bilion.

Bagi pangsapuri berservis dan kediaman bertingkat masing-masing menyumbang RM26.97 bilion dan RM21.73 bilion. – MalaysiaGazette