Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 04 SEPTEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat hari ini, memutuskan akan memperkukuhkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi Pilihan raya Umum ke-15 (PRU15) atas prinsip penyatuan ummah.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, dalam mesyuarat yang berlangsung selama empat jam bermula 10 pagi tadi turut memuktamadkan perbincangan kerusi di negeri dengan PN.

“Senarai calon daripada negeri perlu diangkat untuk penilaian Majlis Syura Ulama,” katanya menerusi kenyataan dalam Facebooknya, petang ini.

Kira-kira 50 wartawan dan jurugambar berkumpul sejak jam 9 pagi untuk melaporkan keputusan mesyuarat.

Bagaimanapun, Abdul Hadi menyiarkan keputusan mesyuarat dalam akaun Facebooknya.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Marang itu berkata, Pas juga mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Elok sangatlah tu. Syukur. Daripada jadi talam dua muka dan menyusahkan UMNO. Adalaj peluang untuk tikam BRRSATU pula.

  2. Elok laaa tu..PAS dah clear akan bersama2 Mudin menghancurkan UMNO yg diistiharkan oleh Mudin Sembab sbg musuh no. 1 dan bukannnya DAP….PN+PH/DAP lwn BN..terbaik PAS..all the best

Comments are closed.