KUALA LUMPUR – Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor dikatakan akan mencabar Tun Dr. Mahathir Mohamad di Parlimen Langkawi.
Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dijangka berbuat demikian selepas Dr. Mahathir menyatakan mahu mempertahankan kerusinya di Kedah dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Beliau akan bertanding sebagai calon bebas atau calon bagi mana-mana parti yang sudi memberikan laluan kepadanya, menurut Pertubuhan Perubahan Rakyat Malaysia (Gerak).
Ia dicadangkan sendiri oleh pertubuhan bukan kerajaan yang diketuainya.
Setiausaha Agung Gerak, Syed Putra Syed Isa dalam kenyataan berkata, tindakan itu dibuat kerana Dr. Mahathir masih lagi merupakan ancaman utama kepada proses reformasi dalam negara ini.
Justeru, katanya, ia menjadi tanggungjawab Gerak Malaysia meletakkan saingan yang serius pada kali ini atau dalam PRU-15, katanya.
Mohamad Ezam dijangka membuat pengumuman mengenai keputusan itu ketika pelancaran sukarelawan Gerak esok.- MalaysiaGazette
ARTiKEL BERKAITAN: