Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berakhir  pukul 1 pagi tadi memutuskan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Senarai nama calon Barisan Nasional (BN) Pahang bertanding Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang tersebar adalah palsu.

Setiausaha UMNO Pahang, Datuk Seri Ab. Hamid Mohd Nazahar berkata, sebaran di platform media sosial khususnya di WhatsApp itu tidak benar.

“Justeru saya menasihati pengguna media sosial termasuk ahli-ahli parti tidak menyebarluaskan atau berkongsi info tidak sahih dalam sebarang bentuk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Menurut Ab. Hamid, apabila tiba masanya, pihaknya akan mengumumkan senarai nama calon sebenar yang akan mewakili parti untuk bertanding dalam PRU-15.- MalaysiaGazette