Mohd Radzi Md Jidin

KUALA LUMPUR – Akaun Facebook Datuk Dr Radzi Jidin dihujani kritikan warga maya selepas beliau menyatakan hasrat untuk berjumpa cikgu Mohd Fadli Salleh yang kini berdepan dengan tindakan tatatertib Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menerusi Facebooknya, Radzi menulis: “Saya tertarik untuk tahu lebih lanjut perkara yang dibangkitkan cikgu Mohd Fadli Salleh. Kalau cikgu ada kelapangan masa, boleh kita berjumpa”.

Warganet tidak menunggu lama untuk menjawab respons Radzi.

Pemilik akaun yang bernama Fadamir Saad berkata: “Baru nak jumpa ke? Dah lama dah dia tag kau.. Tapi kau buat tak tahu jek selama nih …

Mohd Azreen Mustapa pula berkata: “Anda mempunyai segala cara menghubungi beliau. Tak perlu tawarkan masa anda.

Yoo Mat dalam komennya berkata: “Dah ditularkan baru nak ambil maklum. Kalau tak sampai ke sudah suara kecil tak didengarkan kalau nak harap suara besar ja yang nak berkumandang”.

Seorang netizen yang menggunakan akaun Zam Tahir pula berkata: “Semua kena faham, waktu ni la YB akan ambil peluang utk dapat perhatian #pru tak lama lagi”.

”Buah keranji dalam perahu, pura² tak tahu. Dah kecoh baru hello hello roger roger,” kata Muhamad Nasron Nasir.

Cikgu Fadli sebelum ini kerap menegur KPM berhubung silibus mata pelajaran matematik sekolah rendah pada pandangnya cukup sukar untuk kanak-kanak.

Silibus matematik yang banyak dan tidak sesuai dengan tahap kefahaman murid sekolah rendah, dakwa cikgu Fadli cukup menekan mereka.

Selain murid-murid sukar memahami, guru-guru juga tidak mempunyai masa yang cukup membantu murid-murid memahami silibus tersebut.

Malah, beliau juga terlalu prihatin dengan anak-anak muridnya yang terpaksa mengendong beg berat kerana terpaksa membawa buku yang banyak ke sekolah.

Rentetan daripada tindakannya yang mengkritik KPM secara terbuka di Facebook telah menyebabkan beliau diberikan surat tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat yang ditandatangani pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan.

Sehingga berita ini ditulis, respons Radzi telah menerima lebih 4,000 komen dan dikongsi lebih 1,000. – MalaysiaGazette

 

Kenapa baru malam ini nak respons? Soal Cikgu Fadli kepada Radzi Jidin

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast