Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

BERA – Perbuatan mencaci, menuduh atau menyerang sesama sendiri antara UMNO dan Pas harus dielakkan, lebiih-lebih lagi ahli kedua-dua parti itu dianggotai umat Islam.

Presiden UMNO, Datuk Seri ismail Sabri Yaakob berkata, kerjasama yang pernah terjalin menerusi Muafakat Nasional itu mungkin termeterai kembali kerana tidak selamanya bermusuhan dalam dunia politik.

“Saya harap kita sesama kita terutama UMNO dan Pas, selama ini telah cuba telah bekerjasama membentuk Muafakat Nasional (MN) cuba elak daripada caci mencaci, tuduh menuduh antara satu sama lain

“Sebagai umat Islam tak sepatut menyerang sesama senidiri, sebab hubungan mungkin boleh  elok semula pada masa akan datang, kita dalam politik tidak selama-lama menjadi musuh, tak selama menjadi kawan,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian kepada media selepas perasmian Jentera Barisan Nasional (BN) Bera dan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian BERA di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa kerjasama dengan Barisan Nasional terpaksa ditangguhkan kerana masih terdapat kekeruhan melibatkan beberapa perkara antaranya isu rasuah yang belum selesai.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO juga berharap agar semua pihak menjaga adab percakapan dan perbuatan bagi mengelakkan terlepas cakap supaya tidak menyakiti sesiapa.

“Elak sakitkan hati sesiapa dalam politik, mana tahu nanti ntah kita oleh duduk balik demi kepentingan orang Melayu dan Islam negara ini.

“Kalau terlepas cakap, tuduh bukan-bukan akhirnya boleh timbul sakit hati sebab itu saya mengelakkan mengeluarkan kata-kata kesat kepada sesiapa,” katanya. – MalaysiaGazette