Ronnie Liu

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek di Selangor, Ronnie Liu berkata, beliau masih mahu keluar dari DAP, tetapi masanya bukan sekarang.

Ronnie berkata, rancangannya untuk keluar parti telah ditundakan kerana kerusi Sungai Pelek akan menjadi kosong selama enam bulan sehingga pilihan raya negeri diadakan jika beliau memilih keluar parti.

Ujarnya, kekosongan kerusi boleh berlaku kerana Selangor memilih untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Persekutuan.

“Saya memang mahu keluar, tetapi bukan sekarang, ini telah ditundakan buat sementara waktu,” katanya kepada Sinchew Daily.

Sementara itu, Ronnie juga menafikan spekulasi bahawa dirinya akan lompat ke parti tertentu selepas keluar dari DAP.

“Ada yang cakap saya akan lompat ke PKR atau Warisan, semuanya adalah tidak betul,” katanya.