Barisan Nasional (BN) yang dijangka mempertaruhkan 70 peratus muka baharu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berkemungkinan besar antara lain meletakkan calon dalam kalangan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO).

BN Parlimen Batu antara kawasan yang dijangka mempertaruhkan muka baharu dan individu yang lebih dikenali pengundi kerana kerja-kerja kebajikan dan kesukarelawan, lebih-lebih lagi ketika negara berdepan dengan pandemik Covid-19.