Gambar Hiasan. Foto AFFAN FAUZI, 18 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,712 kes jangkitan Covid-19 baharu dilaporkan semalam, menjadikan angka kumulatif 4,828,903.

Daripada jumlah itu, Selangor merekodkan 618 kes, Kuala Lumpur (366), Perak (119), Negeri Sembilan (108), Sabah (106), Sarawak (66), Pulau Pinang (59) dan Johor (53).

Kedah (50), Melaka (44), Putrajaya (38), Kelantan (32), Pahang (23), Terengganu (22), Perlis (lima) dan Labuan (tiga).

Angka kematian terus meningkat kepada 36,417 dengan dua lagi kes dalam tempoh sama.

KKMNOW melaporkan kes aktif sebanyak 23,892,

Daripada jumlah itu, 1,002 kes dimasukkan ke hospital termasuk 36 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 19 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh sebanyak 1,699. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast