KUALA LUMPUR – Hujan berterusan dijangka berlaku di Sarawak dan Sabah sehingga esok.

Di Sarawak, kawasan terlibat di Bintulu (Bintulu), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Manakala di Sabah pula melibatkan kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat serta Labuan.

Semalam, Kementerian Alam Sekitar dan Air mengeluarkan amaran hujan berterusan berperingkat waspada yang berkuat kuasa sehingga hari ini di Perlis dan Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap).

Bagaimanapun, cuaca di Langkawi dan utara Semenanjung dijangka beransur reda dan kurang hujan hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast