Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mohamad Nizar Najib berucap pada Taklimat Khas Presiden Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MOHD ADZLAN, 27 OGOS 2022.

KUANTAN – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Datuk Mohd Nizar Najib akan membuat kemunculan dengan berceramah di Felda Padang Piol, Jerantut malam ini.

Kehadiran anak bekas Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Tun Razak itu sudah pasti menjadi tumpuan warga Felda dan penduduk sekitar.

Lebih-lebih lagi apabila Mohd Nizar disebut-sebut menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.

Budiman Mohd Zohdi

Selain Mohd. Nizar, ceramah anjuran Penerangan UMNO Negeri Pahang itu turut disertai Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Budiman Mohd Zohdi.

Sebelum itu, sebelah petang,  Penerangan UMNO Negeri Pahang turut menganjurkan program bersama jentera pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri Tahan di Kampung Labu.

Amran Ahmad
Amran Ahmad

Program bermula pukul 3 petang itu akan menampilkan bekas aktivis DAP, Amran Ahmad yang akan menceritakan pengalamannya ketika bersama parti pembangkang tersebut.

Selain Amran, seorang lagi penceramah ialah Khairul Anwar Ahmad Nadzer. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. MUDA parti main pondok pondok. Pikiran tak matang. Seban tu sendiri biat provokasi untuk burukan BN.

Comments are closed.