Ketua Pegawai Eksekutif CSR, Mohamad Zuki Wan Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam, Anis Berahim bersama murid sekolah menanam pokok buah durian belanda sebagai simbolik usahasama kedua pihak untuk program kelestarian.

KUALA LUMPUR- Central Sugars Refinery’s (CSR) bekerjasama dengan 30 sukarelawan daripada syarikat berkenaan dan pelajar serta guru Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam untuk mempromosikan program kesedaran alam sekitar dan mendidik pelajar tentang perlindungan alam sekitar melalui Projek Penanaman Pokok.

Ketua Pegawai Eksekutif CSR, Mohamad Zuki Wan Abdullah berkata, program itu sempena Hari Alam Sekitar Negara yang disambut 21 hingga 27 Oktober setiap tahun.

“Kami percaya dalam mengemudi ke arah perubahan yang bermakna dan menjadi warga korporat yang bertanggungjawab secara sosial. CSR komited untuk memastikan agenda-agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dibincangkan dengan baik dan diterima pakai dalam operasi perniagaan kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Di majlis yang sama, CSR menyampaikan tajaan RM10,000 kepada Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 sebagai menyokong agenda kelestarian sekolah tersebut. – MalaysiaGazette