YANGON – Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh termasuk tiga kakitangan dan lima pelawat dalam letupan di Penjara Insein di sini.
Manakala kira-kira 15 orang cedera dalam kejadian ini.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.40 pagi apabila dua butir bom meletup berhampiran pintu masuk utama penjara.
Satu letupan di sebuah bangunan, tempat kakitangan menerima barangan untuk banduan dan satu lagi di luar.
Penjara ini memuatkan hampir 10,000 orang banduan, kebanyakannya tahanan politik.
Setakat ini belum ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut. – Agensi