Protes pekerja secara besar-besaran berlaku di Perancis. Foto Twitter

PARIS – Pekerja Perancis masih meneruskan mogok seluruh negara untuk menuntut gaji lebih sebagai tindak balas kepada inflasi yang melambung tinggi.

Perhimpunan besar-besaran itu menyebabkan gangguan besar kepada pengangkutan selepas stesen minyak kosong berikutan para pekerja menyertai mogok.

Kementerian Dalam Negeri menganggarkan kira-kira 107,000 orang mengambil bahagian dalam perarakan di seluruh negara, termasuk 13,000 di Paris berbanding bawah 70,000 yang dilaporkan oleh Kesatuan CGT.

Katanya, seramai 11 orang telah ditangkap di Paris dan sembilan pegawai cedera dalam pertempuran dengan penunjuk perasaan, dengan empat tangkapan di tempat lain.

Mogok yang lebih meluas itu dibuat selepas pekerja di beberapa kilang penapisan dan depoh minyak yang dikendalikan oleh firma gergasi tenaga TotalEnergies yang mengundi untuk melanjutkan pemberhentian pekerja.

Mogok itu juga telah menganggu pengedaran bahan api secara serius di seluruh negara, terutamanya di utara dan tengah Perancis dan wilayah Paris.

Eurostar berkata, ia membatalkan beberapa perjalanan kereta api antara London dan Paris kerana mogok itu.

Pengendali kereta api awam Perancis SNCF pula memberitahu, trafik pada sambungan serantau menurun 50 peratus, tetapi laluan nasional tidak mengalami gangguan.

Kesatuan sekerja akan menemui Presiden Emmanuel Macron dalam beberapa minggu lalu bagi membentangkan pembaharian pencen. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast