KUALA LUMPUR – Kakak pelakon Emma Maembong, Shikin Maembong, 33, mencuri perhatian netizen apabila hadir pada majlis sambutan hari jadi ibu kepada selebriti masakan Chef Wan yang juga bapa mentuanya.
Menerusi Instagram miliknya, kelihatan Shikin bergambar bersama-sama anaknya serta Chef Wan sewaktu majlis berlangsung.
“Tq papa @_chefwan58 invite me celebrate birthday nenek with families,” tulisnya ringkas.
Sebelum ini, pada Februari lalu, Shikin yang pernah mendirikan rumah tangga dengan anak sulung, Chef Wan iaitu Nadzri atau Chef Riz telah mengambil tindakan untuk menyaman bapa mertua kerana mendakwa telah dimalukan.
Bagaimanapun, Shikin yang mahu menyaman Chef Wan sebanyak RM1 juta itu menarik balik saman yang telah dibuat.
Shikin dan Nadzri mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2014 dan bercerai dua tahun kemudian.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Arriana.
Nadzri yang baru sahaja berkahwin buat kali ketiga pada Januari lalu. Selain Shikin, Nadzri pernah berkahwin dengan pelakon, Ana Dahlia. Mereka bercerai selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga. – MalaysiaGazette