Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh disaran  menyerahkan kerusi yang disandangnya kepada parti MUDA.

Saranan tersebut dibuat oleh pengikut Twitter Ahli Parlimen DAP itu selepas beliau berkongsi berita MUDA akan bergerak solo sekiranya perbicangan rasmi pembahagian kerusi dengan Pakatan Harapan (PH) tidak dilaksanakan.

“Masa adalah penting,” komen Hannah ringkas terhadap berita bertajuk MUDA mulls going solo as seat talks with Harapan fail to take off (MUDA pertimbang bergerak solo kerana rundingan kerusi dengan Harapan gagal dijalankan).

Komen itu menyebabkan pengikut Twitter mencadangkan supaya Hannah melepaskan Parlimen Segambut kepada MUDA.

Mereka mendakwa Hannah perlu berbuat demikian memandangkan Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu seolah-olah ‘peminat’ parti MUDA.

“Hentikanla @hannahyeoh! Berhenti menjadi penyokong mereka! Serahkan kerusi anda jika anda mahu! Tidak adil bagi parti, calon lain dalam PH. Kalau nak perang, PH boleh berperang! Mereka boleh pergi ke mana-mana yang mereka mahu sendiri dan PH boleh ke Muar juga! Perangai awak yang mengecewakan,” kata Iffah Garib.

You buktikan dulu. Bagi Segambut baru komponen lain bagi kerusi sedap kat Muda. Faham ke tak faham ini?” tanya Arifgahni.

“Aah lah Hannah. Why not since DAP ni suka sangat dengan MUDA. You guys bagi je semua kerusi DAP kat MUDA. And especially your seat Hannah. Love!” Cadang Haziq.

“Hannah, saya cadangkan awak sesuatu. Anda menyerahkan Segambut kepada MUDA. Memandangkan DAP mempunyai kebanyakan kerusi di Semenanjung. Oleh itu, kerana anda peminat terbesar mereka tinggalkan Segambut. Anda boleh pergi kerusi luar bandar dan tunjukkan nilai anda,” kata Andrian Choo.

Hannah dalam reaksinya berkata, bukan hak beliau untuk menyerahkan Parlimen Segambut kepada mana-mana parti sebaliknya hanya kepimpinan parti DAP dan pengundi Segambut boleh membuat keputusan itu.

“Saya telah menjawab ini sebelum ini. Segambut bukan untuk saya beri, ia milik DAP dan pengundi yang menentukan.

“Juga sila baca kenyataan @_amiraaisya hari ini, mereka tidak berminat dengan kerusi penyandang PH. Mereka telah mengatakannya berkali-kali,” kata Hannah tegas.-MalaysiaGazette