Mayat individu dalam keadaan rentung dalam sebuah kereta Perodua Kancil terbakar di tepi Jalan Shapadu Kampung Sungai Pinang di sini awal pagi tadi merupakan seorang warga emas.

KUALA LUMPUR – Mayat individu dalam keadaan rentung dalam sebuah kereta Perodua Kancil terbakar di tepi Jalan Shapadu Kampung Sungai Pinang di sini awal pagi tadi merupakan seorang warga emas.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa berumur lingkungan 70- an dan seorang warga tempatan.

“Mangsa dipercayai terbakar hampir 70 peratus pada bahagian badannya dan meninggal dunia di tempat kejadian dan ditemui dalam kereta terbakar itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Vijaya, setakat ini, polis telah mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut ( SDR ) dan satu kertas siasatan  akan dibuka bagi mengenal pasti punca kejadian.

Terdahulu pasukan bomba bersama jentera pemadam api bergegas ke lokasi bertindak atas maklumat kecemasan sebelum berjaya memadamkan api pada kereta berkenaan. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Seorang maut dalam kebakaran kereta